Kenali Noraini

Kakak Noraini Pakar Coway & keluarga


Assalamualaikum wbt dan Salam Bahagia...

Nama kakak, Noraini binti Dullah. Merupakan anak kelahiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Telah berkahwin dengan Mohd Naufal bin Bakhudin dan mempunyai 3 orang cahaya mata penyejuk jiwa, Marissa Sufiiyah, Mariyya Sumayyah dan Muhammad Adam Yusuf. Kini, kakak dan keluarga menetap di kotaraya penuh sesak, Kuala Lumpur. 

Pendidikan awal kakak bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Melintang, Perak. Kemudian melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangssan Hutan Melintang, Perak. Seterusnya, kakak menyambung pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang Diploma Penulisan Kreatif. Pada tahun 2006, kakak kemudiannya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dan bergraduasi pada tahun 2010. Pada tahun 2014, kakak melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana, bagaimanapun hasrat meneruskan pengajian terbantut sehingga ke hari ini dek kerana kekangan masa! status Sarjana kakak ibarat gantung tak bertali! Semoga suatu hari nanti kakak akan dapat menghabiskan pengajian Sarjana kakak. Amin Allahumma amin... 

Usia penglibatan kakak di Coway (M) Sdn Bhd menerusi #CSTeam telahpun menginjak ke angka 5 bulan (bermula Mei 2018). Walaupun usia kakak di Coway baru setahun jagung, kakak tetap berasa bangga kerana telah membantu memberi kemudahan kepada 61 buah keluarga di Malaysia menerusi penggunaan barangan Coway seperti Penapis Air, Penapis Udara dan Water Softner. Kakak yakin 61 buah keluarga tersebut kini sudah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mudah dengan produk Coway juga dengan izin Allah SWT semestinya!

Yang paling membanggakan kakak juga adalah kerana kakak berada dalam kumpulan #CSTeam yang sangat sangat mantap. Kemantapan ini dibuktikan apabila team ini telah dinobatkan sebagai team Nationwide bagi tahun 2016 dan tahun 2017 melalui hasil jualan yang sangat memberangsangkan. SYABAS #CSTeam.  


NORAINI DULLAH
-563999-
-Agent Coway Anda-
























No comments:

Post a Comment

Kejam lah kau ni! “Kenapa selama ni kau tak ambil kisah hal anak-anak kau? Takkan dah nak terhantuk baru nak sedar?” =============...